Monday, April 29, 2013

SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG....

PENDAHULUAN :

Assalamualaikum w.b dan salam sejahtera.

Alhamdulillah,saya diberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk menulis blog emasjutawansenyap.blogspot.com ini. Blog saya ini ingin berkongsi tentang cerita emas dan perak logam yang amat berharga khazanah bumi anugerah Allah ini.

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia,maka simpanlah dinar(emas) dan dirham(perak)."
                                                                                                            -Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

Menukar RM kepada emas dan perak adalah satu TINDAKAN yang BIJAK kerana kita dapat melindungi  kekayaan kita dari dicabuli oleh inflasi dan susut nilai. Tambahan pula, banyak perkara tentang emas dan perak jelas tercatat dalam Al-Quraan. Oleh itu,jangan ragu-ragu untuk bertindak,itu ajaran agama kita Islam. Namun begitu,sebelum anda membeli emas dan perak sebagai aset, anda perlu menjadikan MINDA anda sebagai aset. Bagaimana caranya ? Dapatkan ILMU pelaburan emas terlebih dahulu kemudian disusuli dengan tindakan. Sentiasalah ikuti blog emasjutawansenyap.blogspot.com saya yang baru dicipta ini atau SMS ke nombor 013-9272298 untuk pertanyaan. Setelah faham,bertindaklah secepet mungkin kerana :

                                     ILMU + TINDAKAN = KEUNTUNGAN

     Saya berasa teruja untuk berkongsi ilmu dengan orang yang serius mahu belajar tentang pelaburan emas ini. Cara melabur mudah dan tidak membimbangkan seperti pelaburan lain....... Bila harga emas turun macam sekarang ni,kita keluar duit, kita pegang emas bawa balik. Bila harga naik, kita keluar emas, kita pegang duit bawa balik.....Tidak merungsingkan....Emas fizikal ini kita simpan dalam bank yang ada menawarkan perkhidmatan sewaan peti simpanan. Insya'Allah selamat....

     Semoga ilmu yang anda perolehi di sini akan memberi manfaat dan mampu mengubah hidup anda dan masa hadapan anda. Amin.

Daripada penulis,

HAYATI BINTI OTHMAN
Blog   : emasjutawansenyap.blogspot.com
e-mel : hayati.khazanahbumi@gmail.com
Tel     : 013-9272298
Tarikh: 30 April 2013 12.04 pm





BICARA 1: MENGAPA KITA PERLU MENYIMPAN EMAS ?

1. Sejak dahulukala hingga sekarang, KEKAYAAN berkait rapat dengan EMAS kerana ia adalah aset yang terunggul dan tidak boleh dimanipulasi. Ia tidak boleh dihasilkan di kilang, sebaliknya ia perlu dilombong di perut bumi ciptaan Allah dan amat sukar diperolehi. Ia adalah simbol KEKAYAAN, KEMEWAHAN, KEKUASAAN, KEJAYAAN DAN KECANTIKAN. Ia tidak boleh dibinasakan dan mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.


BICARA 2 : PERBEZAAN EMAS DAN WANG KERTAS(RM) 



 EMAS                                                                                        
1. Tiada susutnilai dan kalis  inflasi dalam   inflasi
2. BERNILAI kerana ia logam   
3. Laku pada SETIAP MASA
4.Tidak boleh dimanipulasi   
5. Peningkatan purata 11% setahun tanpa susutnilai  





 WANG KERTAS
  1.Setiap hari berlaku susutnilai dan terperangkap                                                                                                                           
  2. DIPERNILAI kerana ia kertas yang dicop sahaja     
  3. Laku pada WAKTU AMAN sahaja   
  4.Terdedah kepada penyangak matawang
  5.Susutnilai setahun 37%. Bonus ASB baru 7% setahun..rugi 30%. Tapi ramai tak     nampak,yang kita nampak kertas aku makin banyak.


Update : 30April 2013, 1.38 pm
                                                 

Kenapa Emas?




Kenapa Emas?

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan

Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan

kerana:

1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.


BAYANGKAN… Jika anda ada menyimpan EMAS bernilai RM800 dalam 10 tahundahulu. Kini nilainya hampir RM3,500! Sekiranya anda mula menyimpan dari sekarang, berapa pula harganya untuk 10 tahun akan datang? SUDAH PASTI nilainya akan MENINGKAT! Inilah yang dikatakan PENYIMPANAN NILAI TERUNGGUL, TERBAIK DAN TEPAT!