Saturday, May 4, 2013

BAGAIMANA MELIHAT REKOD HARGA EMAS DUNIA DALAM RINGGIT MALAYSIA?


Assalamualaikum w.b,

Apa khabar kepada semua kenalan. Alhamdulillah, saya diberi kesihatan yang baik dan kekuatan untuk melaksanakan kewajiban dan tanggungjawab harian. Pada kesempatan ini, saya ingin menyatakan tentang rekod harga emas dunia dalam ringgit Malaysia. Itu lebih memudahkan anda.


     Anda boleh melihat rekod harga emas dunia daripada laman web London Bullion market Association (LMBA) http://www.lbma.org.uk/stats/golsfixg (Urusan semua dalam USD).

     Selain daripada itu, anda juga boleh pergi ke laman web www.kitco.com dan klik CHARTS & DATA. Menerusi laman web ini,anda boleh melihat harga emas,perak dan logam-logam berharga yang lain dan juga rekod-rekod harga yang lepas...sebulan, 2 bulan, 6 bulan, setahun, 5 tahun dan juga 10 tahun dengan pantas.


   
                                                                         
Jika anda klik gold di live charts, maka akan keluar graf turun naik harga emas dunia seperti di bawah.
Namun harga tetap dalam USD per Oz.


Setelah dapat gambaran turun-naik pasaran emas dunia ini, anda pergi ke laman web www.publicgold.com ,klik Public Gold: Ultimate Wealth Protector. Anda akan dapat paparan di bawah ini.





Kita akan dapat urusniaga dalam ringgit Malaysia. Lebih memudahkan...Harga kita beli ialah pada ruang PG Sell.  Ini harga pada 4 Mei 2013 pukul 4.57 petang (Ingat,harga ini akan berubah pada setiap 20 minit mengikut graf turun-naik harga emas dunia seperti di atas.

     Sekian sahaja untuk kali ini,semoga anda semakin celik emas dan perak. Mulakanlah............... Terima kasih....

Penulis: Hayati Binti Othman dan Asmadi Bin Abdullah
              013-9272298            dan 013-9274411















































Friday, May 3, 2013

FAKTA MENARIK TENTANG EMAS


1) Merujuk pada Al-Quran,surah Al-Haj,ayat 23,menerangkan bahawa :


     Dari surah di atas, jelas menunjukkan bahawa emas itu amat bernilai bukan sahaja di dunia malah di akhirat.


2) Harga Emas Sentiasa Meningkat: Mari kita kaji.....

     Emas merupakan pelaburan jangka panjang. Melihat kepada trend peningkatan harga emas yang berterusan sejak 10 tahun kebelakangan ini, maka sebab itulah kita perlu MULA membeli emas pelaburan masa depan kita ini. Mari kita tinjau graf kenaikan emas dalam tempoh 5 tahun dan 10 tahun kebelakangan ini:


        Lihat tak peningkatan yang berterusan ? Dari graf di atas, dapat kita lihat bahawa emas telah meningkat dari 709.50 USD/Oz kepada 1900.30 USD/Oz dalam tempoh 5 tahun terkebelakang. Ini bermakna kenaikan sebanyak 167.84% dalam masa 5 tahun,bersamaan purata 33.57% setahun.

 Kita lihat pula peningkatan dalam graf 10 tahun terkebelakang iaitu dari  341.50 USD/Oz kepada 1900.30 USD/Oz. Ini membawa kepada peningkatan keuntungan sebanyak 456.46% dalam masa 10 tahun bersamaan purata sebanyak 45.65% setahun. Hebatkan kenaikan itu....... Kalau kita simpan saja wang kita di dalam bank, dapat tak kita menjana keuntungan sebanyak itu dalam jangka masa yang
 sama ? Tidak, sama sekali tidak

Namun,pada tahun 2013 (sekarang) harga emas menurun sedikit. Nah....inilah masa yang sesuai untuk kita membeli emas untuk pelaburan masa depan kita. Menurut pengkaji-pengkaji carta emas yang telah berjaya, setelah ia turun menjunam,maka ia akan melambung naik dengan lebih hebat nanti. Ingat.....emas adalah pelaburan jangka panjang dan jangka sederhana. Ia juga mudah ditukarkan semula kepada nilai wang pada bila-bila masa kita ingin menggunakannya.            

Mulakan lah.......

3) Kajian seterusnya......Kenaikan Harga Syiling Emas Malaysia yang dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia iaitu Kijang Emas per Oz selama 11 tahun.

                                                   
                                                       
                                          Tarikh          Harga Jualan
                                       
                                         18/7/2001     RM 1 149.00
                                         18/7/2002     RM 1 279.00
                                         18/7/2003     RM 1 388.00
                                         19/7/2004     RM 1 642.00
                                         18/7/2005     RM 1 699.00
                                         18/7/2006     RM 2 526.00
                                         18/7/2007     RM 2 425.00
                                         18/7/2008     RM 3 268.00
                                         17/7/2009     RM 3 531.00
                                         19/7/2010     RM 4 086.00
                                         18/7/2011     RM 5 103.00
                                         18/7/2012     RM 5 315.00

Sumber : Bank Negara Malaysia : http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

Dari sumber di atas dapat kita kira bahawa kenaikan harga Kijang Emas(Ketulinan 99.9%  & berat 1Oz atau 31.105g)  dalam masa 11 tahun ialah 362.58% iaitu bersamaan purata sebanyak 32.96% setahun. Memang berbaloi.....Kalau kita biarkan sahaja duit simpanan kita dalam mana-mana bank, dapat tak kita menikmati keuntungan sebanyak itu??? Marilah kita mulakan....

4) Kuasa Beli Emas Tekal Dalam Jangka Masa Panjang......Mari kita kaji......

     Sedar tak anda bahawa apa yang boleh dibeli pada ratusan tahun, malah ribuan tahun dahulu masih boleh dibeli dengan berat emas yang sama pada masa sekarang ? Kita kaji kuasa beli 1 Dinar 1400 tahun yang lalu dan sekarang.

     Ketika zaman Rasulullah s.a.w 1400 tahun yang lalu, harga seekor kambing ialah 1 Dinar . Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, dalam 'Urwah yang bermaksud :

      "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual, lalu Rasulullah s.a.w memberi 1 Dinar kepadaku dan berkata   "Wahai 'Urwah,pergi kepada lelaki tersebut dan belikan aku seekor kambing". Lalu aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga 1 Dinar. Kemudian aku membawa kambing-kambing tersebut. Dalam perjalanan, seorang lelaki ingin membeli salah seekor kambing tersebut, lalu aku menjualnya dengan harga 1 Dinar. Kemudian, aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan 1 Dinar lalu aku berkata: "Wahai Rasulullah, inilah 1 Dinar dan kambing milikmu".

     Rasulullah bertanya: "Bagaimana kamu melakukannya?" Akupun menceritakan kepada baginda apa yang telah dilakukan lalu baginda berkata, "Ya Allah, berkatilah perniagaannya".

     Pada masa sekarang, boleh tak anda membeli seekor kambing dengan harga 1 Dinar ? Ya,memang boleh. En.Abdullah Bin Ismail, tel 012-3921139 di alamat Green Acres Farm Sdn.Bhd.,Lot.7735, Batu 27, Jalan Salak, Kg.Jenderam Hulu, 43800 Dengkil, Selangor menjual kambing baka farel dengan harga 1 Dinar. Kambingnya itu,sesuai untuk akikah, korban, majlis kenduri dsb.

     Nah! Terbukti bahawa emas memberi keuntungan lumayan dalam jangka masa panjang dan harganya sentiasa meningkat dari masa ke semasa dan mengekalkan kuasa belinya walaupun disimpan beratus malah beribu tahun...Dengan kata lain

EMAS ADALAH PENYIMPAN NILAI YANG SANGAT HEBAT ! 
INFLASI UNTUK DINAR EMAS ADALAH 0%

Bagaimana dengan nilai wang ? Pada tahun 1970an ibu bapa hanya memberi anak-anak 20 sen -30 sen sehari untuk ke sekolah,cukup untuk membeli nasi dan air. Tetapi sekarang, rata-rata ibu bapa membekalkan anak-anak mereka sebanyak RM2 -RM5 sehari (10 kali ganda untuk membeli barang yang sama).Mengapa?Kuasa beli wang kertas semakin mengecil akibat inflasi.

Fikir-fikirkan....Mulalah menukar wang simpanan kepada emas. Marilah memulakannya....



Penulis : Hayati Binti Othman & Asmadi Bin Abdullah
 Tel      :              0139272298 &  013-9274411

Monday, April 29, 2013

SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG....

PENDAHULUAN :

Assalamualaikum w.b dan salam sejahtera.

Alhamdulillah,saya diberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk menulis blog emasjutawansenyap.blogspot.com ini. Blog saya ini ingin berkongsi tentang cerita emas dan perak logam yang amat berharga khazanah bumi anugerah Allah ini.

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia,maka simpanlah dinar(emas) dan dirham(perak)."
                                                                                                            -Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

Menukar RM kepada emas dan perak adalah satu TINDAKAN yang BIJAK kerana kita dapat melindungi  kekayaan kita dari dicabuli oleh inflasi dan susut nilai. Tambahan pula, banyak perkara tentang emas dan perak jelas tercatat dalam Al-Quraan. Oleh itu,jangan ragu-ragu untuk bertindak,itu ajaran agama kita Islam. Namun begitu,sebelum anda membeli emas dan perak sebagai aset, anda perlu menjadikan MINDA anda sebagai aset. Bagaimana caranya ? Dapatkan ILMU pelaburan emas terlebih dahulu kemudian disusuli dengan tindakan. Sentiasalah ikuti blog emasjutawansenyap.blogspot.com saya yang baru dicipta ini atau SMS ke nombor 013-9272298 untuk pertanyaan. Setelah faham,bertindaklah secepet mungkin kerana :

                                     ILMU + TINDAKAN = KEUNTUNGAN

     Saya berasa teruja untuk berkongsi ilmu dengan orang yang serius mahu belajar tentang pelaburan emas ini. Cara melabur mudah dan tidak membimbangkan seperti pelaburan lain....... Bila harga emas turun macam sekarang ni,kita keluar duit, kita pegang emas bawa balik. Bila harga naik, kita keluar emas, kita pegang duit bawa balik.....Tidak merungsingkan....Emas fizikal ini kita simpan dalam bank yang ada menawarkan perkhidmatan sewaan peti simpanan. Insya'Allah selamat....

     Semoga ilmu yang anda perolehi di sini akan memberi manfaat dan mampu mengubah hidup anda dan masa hadapan anda. Amin.

Daripada penulis,

HAYATI BINTI OTHMAN
Blog   : emasjutawansenyap.blogspot.com
e-mel : hayati.khazanahbumi@gmail.com
Tel     : 013-9272298
Tarikh: 30 April 2013 12.04 pm





BICARA 1: MENGAPA KITA PERLU MENYIMPAN EMAS ?

1. Sejak dahulukala hingga sekarang, KEKAYAAN berkait rapat dengan EMAS kerana ia adalah aset yang terunggul dan tidak boleh dimanipulasi. Ia tidak boleh dihasilkan di kilang, sebaliknya ia perlu dilombong di perut bumi ciptaan Allah dan amat sukar diperolehi. Ia adalah simbol KEKAYAAN, KEMEWAHAN, KEKUASAAN, KEJAYAAN DAN KECANTIKAN. Ia tidak boleh dibinasakan dan mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.


BICARA 2 : PERBEZAAN EMAS DAN WANG KERTAS(RM) 



 EMAS                                                                                        
1. Tiada susutnilai dan kalis  inflasi dalam   inflasi
2. BERNILAI kerana ia logam   
3. Laku pada SETIAP MASA
4.Tidak boleh dimanipulasi   
5. Peningkatan purata 11% setahun tanpa susutnilai  





 WANG KERTAS
  1.Setiap hari berlaku susutnilai dan terperangkap                                                                                                                           
  2. DIPERNILAI kerana ia kertas yang dicop sahaja     
  3. Laku pada WAKTU AMAN sahaja   
  4.Terdedah kepada penyangak matawang
  5.Susutnilai setahun 37%. Bonus ASB baru 7% setahun..rugi 30%. Tapi ramai tak     nampak,yang kita nampak kertas aku makin banyak.


Update : 30April 2013, 1.38 pm
                                                 

Kenapa Emas?




Kenapa Emas?

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan

Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan

kerana:

1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.


BAYANGKAN… Jika anda ada menyimpan EMAS bernilai RM800 dalam 10 tahundahulu. Kini nilainya hampir RM3,500! Sekiranya anda mula menyimpan dari sekarang, berapa pula harganya untuk 10 tahun akan datang? SUDAH PASTI nilainya akan MENINGKAT! Inilah yang dikatakan PENYIMPANAN NILAI TERUNGGUL, TERBAIK DAN TEPAT!