Dari surah di atas, jelas menunjukkan bahawa emas itu amat bernilai bukan sahaja di dunia malah di akhirat.
2) Harga Emas Sentiasa Meningkat: Mari kita kaji.....
Emas merupakan pelaburan jangka panjang. Melihat kepada trend peningkatan harga emas yang berterusan sejak 10 tahun kebelakangan ini, maka sebab itulah kita perlu MULA membeli emas pelaburan masa depan kita ini. Mari kita tinjau graf kenaikan emas dalam tempoh 5 tahun dan 10 tahun kebelakangan ini:
Lihat tak peningkatan yang berterusan ? Dari graf di atas, dapat kita lihat bahawa emas telah meningkat dari 709.50 USD/Oz kepada 1900.30 USD/Oz dalam tempoh 5 tahun terkebelakang. Ini bermakna kenaikan sebanyak 167.84% dalam masa 5 tahun,bersamaan purata 33.57% setahun.
Kita lihat pula peningkatan dalam graf 10 tahun terkebelakang iaitu dari 341.50 USD/Oz kepada 1900.30 USD/Oz. Ini membawa kepada peningkatan keuntungan sebanyak 456.46% dalam masa 10 tahun bersamaan purata sebanyak 45.65% setahun. Hebatkan kenaikan itu....... Kalau kita simpan saja wang kita di dalam bank, dapat tak kita menjana keuntungan sebanyak itu dalam jangka masa yang
sama ? Tidak, sama sekali tidak
Namun,pada tahun 2013 (sekarang) harga emas menurun sedikit. Nah....inilah masa yang sesuai untuk kita membeli emas untuk pelaburan masa depan kita. Menurut pengkaji-pengkaji carta emas yang telah berjaya, setelah ia turun menjunam,maka ia akan melambung naik dengan lebih hebat nanti. Ingat.....emas adalah pelaburan jangka panjang dan jangka sederhana. Ia juga mudah ditukarkan semula kepada nilai wang pada bila-bila masa kita ingin menggunakannya.
Mulakan lah.......
3) Kajian seterusnya......Kenaikan Harga Syiling Emas Malaysia yang dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia iaitu Kijang Emas per Oz selama 11 tahun.
Tarikh Harga Jualan
18/7/2001 RM 1 149.00
18/7/2002 RM 1 279.00
18/7/2003 RM 1 388.00
19/7/2004 RM 1 642.00
18/7/2005 RM 1 699.00
18/7/2006 RM 2 526.00
18/7/2007 RM 2 425.00
18/7/2008 RM 3 268.00
17/7/2009 RM 3 531.00
19/7/2010 RM 4 086.00
18/7/2011 RM 5 103.00
18/7/2012 RM 5 315.00
Sumber : Bank Negara Malaysia : http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141
Dari sumber di atas dapat kita kira bahawa kenaikan harga Kijang Emas(Ketulinan 99.9% & berat 1Oz atau 31.105g) dalam masa 11 tahun ialah 362.58% iaitu bersamaan purata sebanyak 32.96% setahun. Memang berbaloi.....Kalau kita biarkan sahaja duit simpanan kita dalam mana-mana bank, dapat tak kita menikmati keuntungan sebanyak itu??? Marilah kita mulakan....
4) Kuasa Beli Emas Tekal Dalam Jangka Masa Panjang......Mari kita kaji......
Sedar tak anda bahawa apa yang boleh dibeli pada ratusan tahun, malah ribuan tahun dahulu masih boleh dibeli dengan berat emas yang sama pada masa sekarang ? Kita kaji kuasa beli 1 Dinar 1400 tahun yang lalu dan sekarang.
Ketika zaman Rasulullah s.a.w 1400 tahun yang lalu, harga seekor kambing ialah 1 Dinar . Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, dalam 'Urwah yang bermaksud :
"Pada suatu hari Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual, lalu Rasulullah s.a.w memberi 1 Dinar kepadaku dan berkata "Wahai 'Urwah,pergi kepada lelaki tersebut dan belikan aku seekor kambing". Lalu aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga 1 Dinar. Kemudian aku membawa kambing-kambing tersebut. Dalam perjalanan, seorang lelaki ingin membeli salah seekor kambing tersebut, lalu aku menjualnya dengan harga 1 Dinar. Kemudian, aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan 1 Dinar lalu aku berkata: "Wahai Rasulullah, inilah 1 Dinar dan kambing milikmu".
Rasulullah bertanya: "Bagaimana kamu melakukannya?" Akupun menceritakan kepada baginda apa yang telah dilakukan lalu baginda berkata, "Ya Allah, berkatilah perniagaannya".
Pada masa sekarang, boleh tak anda membeli seekor kambing dengan harga 1 Dinar ? Ya,memang boleh. En.Abdullah Bin Ismail, tel 012-3921139 di alamat Green Acres Farm Sdn.Bhd.,Lot.7735, Batu 27, Jalan Salak, Kg.Jenderam Hulu, 43800 Dengkil, Selangor menjual kambing baka farel dengan harga 1 Dinar. Kambingnya itu,sesuai untuk akikah, korban, majlis kenduri dsb.
Nah! Terbukti bahawa emas memberi keuntungan lumayan dalam jangka masa panjang dan harganya sentiasa meningkat dari masa ke semasa dan mengekalkan kuasa belinya walaupun disimpan beratus malah beribu tahun...Dengan kata lain
EMAS ADALAH PENYIMPAN NILAI YANG SANGAT HEBAT !
INFLASI UNTUK DINAR EMAS ADALAH 0%
Bagaimana dengan nilai wang ? Pada tahun 1970an ibu bapa hanya memberi anak-anak 20 sen -30 sen sehari untuk ke sekolah,cukup untuk membeli nasi dan air. Tetapi sekarang, rata-rata ibu bapa membekalkan anak-anak mereka sebanyak RM2 -RM5 sehari (10 kali ganda untuk membeli barang yang sama).Mengapa?Kuasa beli wang kertas semakin mengecil akibat inflasi.
Fikir-fikirkan....Mulalah menukar wang simpanan kepada emas. Marilah memulakannya....
Penulis : Hayati Binti Othman & Asmadi Bin Abdullah
Tel : 0139272298 & 013-9274411



No comments:
Post a Comment